FB, TWITTER,BLOGSPOT ICON









Wednesday, March 19, 2014

Berniaga ikut Sunnah.. Yeke?

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu malaysia..
(cewahhh..gaya syarahan sudeyyyy ..)

jangan lahh ade mane2 bdak FPI mai serang aku gara2 tajuk aku nih. LEK lu..baca smpai habes eh ustaz2 dan uztzh2 yg cumey.

Skrg ramai betol org berniagaa. kalau tnya knape buad bisnes? Berniagaa kan SUNNAH! (ceh.skema jawapan hbes).Hidup betul sunnah Rasulullah yg satu nihh selain poligami (opps.haha). Persoalannya betol ke ikut Sunnah??

memang lah aku bukan budak FPI . budaK FEP je. mana lah tinggi ilmu aku. tapi stakat sikit tu insyallah aku boleh kongsi..heeee

Berniaga yang dikatakan ikut sunnah adalah apabila kita menjadikan mencari keredhaan Allah sebagai matlamat yang utama bukannya KEUNTUNGAN yer. (untung boleh tapi biarlah sekadarnya).Dgn matlamat yg betol, insyaallah jalan2 nak mnuju ke matlamat tu pon betol.

Ok.so anda rasa anda ikut sunnah tak??

kalau sume selari macam yg Rasulullah ajar, takan tmbul isu yang kaya brtmbah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Cth mudah. Nilai Rumah harini benilai 2-4 kali ganda nilai kos.. Ta ke cekik darah namanya tuh??

aku pon nak menyelit jugak lah cerita aku pg satu talk bisnes ni. Aku lihat kesungguhan org mencari duit. Ta pernah puas. Siang dan malam. Sbuk sgt smpai kadang2 lupa erti kehidupan. Ada yg smpai meninggalkan kewajipan. Bahagia ke hidup macam tu?

kadang2 kita ade skit je tapi kita rasa cukup.kadang2 kita ade banyak tapi ta pernah nak cukup. Ini persoalan Berkat. Ustaz saya ckp,kalau hidup kita ni ada Allah dan Rasulullah. sume dah lengkap.cukup. All is well.hihihi



Mesti ade yg nak ckp,kiteorg byr Zakat what. boleh tolonggg org ape.bile banyak duit, boleh tolonggg manyak orangg. Hmmm.nie susah ckp ngan org pndaii. analoginya sama macam kite p mencuri untuk bagi sedekah kat orang. betul ke salah cara kite?? Kita ambil keuntungan yg berlipat ganda dari seseorg dan bersedekah kepada yg memerlukan.

Apa salahnya kita bg harga yg sepatotnya. Harga yg mmpu org milik dan harga yg ta memzalimi perniaga jugak. seimbang ape :)

kite hidup bermasyarakat nih,di bawah nama Islam,kite berkongsi kebahagiaan. Kita mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kita satu kuarga.

tertarik dengan satu anologi di facebook mengenai kebahagiaan.
Sekumpulan pelajar diberikan belon dan masing2 menulis nama mereka pada belon itu. Belon2 kemudian ditempatkan di dalam satu tempat. kemudian dalam masa 5 minit, masing2 perlu mendapatkan belon mereka. berbagai ragam pelajar kelihatan. ada yang smpai mencederakan masing2 utk mendapatkan belon kepunyaan mereka dan hasilnya tiada siapa yg mendapatkan belon mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian mereka disuruh mengambil mana2 belon berdekatan mereka dan berikan kepada pemiliknya. Belom tamat masa diberikan,msg2 sudah dengan belon mereka.

Apa yang nak dismpaikan? Ibaratnya belon itu kebahagian kita. Kadang2 kebahagiaan kita ade pada orang lain dan pada masa yang sama, pada kita, ada kebahagiaan org lain. Jadi, apa sahaja kita buat fikirlah utk kepentingan umumnya kerana kita SATU KUARGA!

Apa sangat yg nak dikejar dengan dunia yg sementara ini,sedangkan kehidupan yg kekal abadi lebih penting.
Bersama berkongsi bahagia dengan Berniaga Cara Sunnah dan berpimpin tangan kita ke syurga Allah. Ameen..



No comments:

Post a Comment